google language translate

flashVortex


Search This Blog


Friday, July 9, 2010

SATU PANDANGAN TENTANG EKONOMI



MENEMBAK MATI SI PEMBAWA BERITA - Malaysia Dalam Bahaya!..??



Idris Jala berkata bahawa dalam masa yang tidak lama lagi negara kita ini boleh jatuh bangkrap atau muflis. Sebenarnya ini satu kenyataan yang jujur. Susuk yang bernama Idris Jala ini bukan orang politik. Susuk ini tidak diundi oleh orang ramai untuk dijadikan pemimpin. Susuk ini seorang birokrat. Justeru apa yang disuarakan adalah pandangan seorang professional birokrat bukan huh hah huh hah dari seorang politikus.

Tidak ada perhitungan politik dalam kenyataan Idris Jala. Apa yang di luahkan adalah hasil dari rumusan pembacaan angka dan fakta. Angka dan fakta yang dianalisa untuk memberikan pandangan masa depan ke atas ekonomi negara ini. Pandangan Idris Jala ini tidak ada sangkut paut dengan kepentingan politik ketua Umno bahagian Bacok atau berkait dengan cita-cita bekas Mufti Perlis menghantar kuda-kudanya menyelam ke dalam Umno.

Kenyataan Idris Jala ini telah disangkal. Diperlekeh. Dipertikai. Ramai diantara kita kurang sedar bahawa kebenaran jika kita tidak menyedarinya tidak bermakna kebenaran itu tidak wujud. Kebenaran itu tetap wujud tanpa kita sedar atu tidak.

Banyak warga terlupa kenyataan Najib Razak ketika bahan bakar minyak petrol hendak dinaikkan empat tahun dahulu. Najib telah mengajukan agar kita mengubah gaya hidup. Tapi yang amat penting dalam kenyataan ini ialah negara Malaysia akan menjadi negara pengimpot minyak pada tahun 2016. Ini bererti ‘Puncak Minyak – Peak Oil’ telah melintasi Malaysia.

Saya telah menulis banyak tentang ‘ Puncak Minyak’ dan Hubbert Peak Oil Theory. Saya telah meneliti fakta, angka dan kenyataan dari orang-orang penting yang bersangkutan dengan minyak. Orang-orang ini juga mengendalikan risikan pertahanan, kelengkapan ketenteraan yang berkait rapat dengan pengeluaran bahan bakar petrol. Semua yang saya baca dan fakta yang ditemui telah meyakinkan saya bahawa dunia telah melintasi puncak minyak.

Melintasi puncak minyak bermakna bekalan bahan bakar minyak semakin susut dan berkurangan. Jumlah bekalan minyak ini kian susut hari demi hari. Satu demi satu negara pengeluar dan pengekspot minyak kini berubah menjadi negara pengimpot minyak. Pada tahun 2016 malah mungkin lebih awal lagi – kita juga akan menjadi negara pengimpot minyak.

Apa sangkut paut minyak, Hubbert Peak Oil Theory atau risikan perang dengan kenyataan Idris Jala yang mengatakan Malaysia akan jatuh bangkrap? Jawabnya: semua ini sangkut bersangkut dan kait mengait.

Memahami politik dan ekonomi sebenarnya adalah keupayaan kita untuk menyambungkait - fakta ekonomi, fakta politik, kenyataan resmi, babak politik dan ucapan ucapan dari ahli politik dan dari pakar ekonomi. Semua ini bukan fakta atau angka-angka rahsia. Kita boleh membacanya dan meneliti data-data dari media arus perdana. Memang betul kalau kita kurang arif maka kita akan melihat fakta ekonomi, kenyataan politik dan ucapan politikus ini terpisah-pisah, bersimpang siur tidak tentu hala. Sebenarnya tidak.

Apa yang wajib kita lakukan ialah menyambungkan semua ini - menyusun dan mengaturnya secara linear untuk menjadi satu cerita. Dalam keilmuan moden - naratif /cerita ini dipanggil political ekonomi - satu cabang ilmu dimana politik dan ekonomi tidak dapat dipisah-pisahkan. Malah politik itu dilihat sebagai jurumudi untuk ekonomi.

Dari pengamatan dan pembacaan – saya cukup yakin bahawa ekonomi kapitalis hari ini sedang mengalami satu krisis yang paling tenat. Bila saya katakan krisis ekonomi kapitalis ini yang menjadi jurutunjuknya ialah ekonomi Amerika Syarikat. Krisis yang melanda ekonomi Amerika Syarikat hari ini lebih tenat dari krisis di zaman ‘Depression’ atau zaman meleset tahun 1929 dahulu.




Semenjak September 2008 dahulu sistem ekonomi kapitalis telah diserang oleh satu demi satu permasaalahan. Bermula dengan bocornya dana cagaran – apabila si pehutang pembeli rumah tidak lagi sanggup membayar. Rumah-rumah dirampas oleh bank. Rumah-rumah yang dimiliki oleh bank ini bertimbun-timbun sehingga memufliskan bank. Ini dipanggil fenemona ‘sub-prime loans’.

Sesudah bank jatuh bankrap, diikuti pula dengan tertutupnya lembaga dana gergasi – Goldman Sachs - yang selama ini menjalar dan menelan keuntungan berbilion dollar. Kedudukan Wall Street menjadi goncang – bank pelaburan dan ‘hedge fund’ jatuh muflis. Tidak cukup dengan ini timbul pula masaalah bank tidak cukup kecairan ringgit dan sen untuk terus beroperasi dengan pelanggan.

Seorang Mamat telah dilanggar kereta , apabila dibawa ke hospital ambulan pula berlanggar, sesampai ke hospital – hospital terbakar. Cari tuan doktor tak jumpa-jumpa kerana semua tuan doktor telah membunuh diri. Metapora ini pun masih belum cukup penuh untuk menggambarkan betapa besarnya krisis ekonomi Amerika Syarikat hari ini.



Lihat dan baca - G8, G10, G 37, G200, G3000 dan pelbagai macam G telah dan sedang bersidang dalam usaha mencari jalan untuk menyelesaikan masaalah ekonomi kapitalis ini. Mesyuarat demi mesyuarat. Konferensi demi konferensi. Persidangan demi persidangan telah diadakan.

Pelbagai cadangan telah diajukan. Beberapa cadangan telah diterima dan dijalankan. Kongres Amerika telah meluluskan 700 bilion dollar untuk menutup hutang yang bocor. Banyak syarikat telah jatuh muflis. Duit sebanyak ini hanya menangguh kan bisul yang akhirnya akan meletus. Akhirnya masalah yang sama telah melimpah ruah ke Eropah.



Pada ketika ini Bank Dunia, IMF dan lembaga-lembaga pemikir puak kanan telah mencadangkan agar dasar - berjimat cermat – dijalankan untuk meredakan keadaan gawat ekonomi yang berpanjangn ini. Di Eropah, negara pertama yang jadikan ‘ tikus percubaan ‘ ialah Greece kerana negara ini dikatakan ekonominya hampir lungkup. Hutang negara telah bertimbun tambah dan Greece tidak ada keupayaan untuk membayar bukan ibu hutang tetapi bunga. Jika Greece tidak diselamatkan penyakit ini akan merebak ke Sepanyol dan Itali.

Apa sebenarnya dasar ‘berjimat cermat’ ini? Jimat cermat bermakna kaum buruh dan warga Greece yang bekerja tidak ada lagi ‘overtime’, tidak ada lagi cuti bergaji, bayaran insuran perubatan dinaikkan, duit pencen dipotong, sumbangan KWSP majikan dikurangkan, banyak sokongan ekonomi akan dilupuskan. Belanjawan negara akan dikurangkan – semaksimun yang boleh.




Bila ‘berjimat cermat’ ini diajukan jawapan rakyat Grece ialah turun ke jalan raya. Ini kerana rakyat biasa merasakan yang mereka telah dipaksa mengikat perut walhal bank-bank, syarikat besar dan gedung-gedung perniagaan tidak pula dinaikan cukai. Malah diketahui umum syarikat-syrikat ini ada pelbagai cara untuk mengelak dari membayar cukai. Malah syarikat-syarikat inilah yang sering melakukan pembocoran ekonomi.

Bila sampai ke babak ini maka kita bertemu kembali dengan al-kesah Idris Jala. Susuk yang bernama Idris Jalan ini sedia memahami bahawa bencana ekonomi yang sedang dihadapi oleh Greece akan sampai juga ke Malaysia. Hanya masa yang akan menentukan.

Seperti di Greece kita sedang melihat beberapa suara telah mencadangkan ajenda ‘berjimat cermat’ dan ‘mengikat perut’. Menteri Telor dan Gula Sabri Yacob telah beberapa kali menyatakan bahawa subsidi akan di tarik balik. Najib juga telah berkata bahawa berbilion ringgit duit yang digunakna untuk subsidi tidak baik untuk ekonomi negara. Suara suara sumbang menyokong langkah ‘berjimat cermat; ini telah mula kedengaran. Berkali-kali rakyat seluruh Malaysia dingatkan bahawa subsidi bahan bakar minyak akan menempangkan ekonomi negara.

Austerity atau dasar berjimat cermat adalah ajenda IMF dan Bank Dunia. Dasar ini diajukan - atau dipaksakan - kepada kerajaan. Kerajaan akan dipaksa untuk mengurangkan perbelanjaan negara. Mengikut sefer IMF dan Bank Dunia perbelanjaan kerajaan memberi subsisdi kepada rakyat ini tidak sehat untuk perkembangan ekonomi.

Dalam sistem ekonomi kapitalis tidak harus ada subsidi – subsidi merosakan pasaran. Mengikut IMF pasaran akan mencari harga dan memberi penilaian terhadap barang-barang – inilah apa yang dikenali sebagai perdagangan bebas atau ‘free trade’.

Idris Jala pasti telah melihat data, angka dan statistik ekonomi negara dengan lebih teperinci. Angka dan statistik negara yang sulit-sulit juga pasti telah berada diatas meja Idris Jala. Dia juga pasti telah menghitung hutang negara, bond yang telah sampai masa untuk dibayar, duit simpanan negara dan emas negara. Setelah meneliti semua ini maka adalah tidak silap apabila Idris Jala membawa berita bahawa Malaysia boleh jadi macam Greece dalam masa beberapa tahun lagi.



Sayangnya politikus akan menembak mati si pembawa berita – jika berita itu tidak sedap didengar. Atau jika berita itu menganggu keseronokan politikus yang sedang berpesta mengelentong orang ramai.

Petikkan Dari : T.tiub

Thursday, June 3, 2010



Bentuk Baru Pakatan
Ketenteraan Negara Islam





Sampai bilakah Israel akan dibiarkan mengganas tanpa hukuman yang sewajarnya? Kenapa tindakan ganas Israel tidak disusuli dengan tindakan dan hukuman yang sewajarnya? Kenapa kuasa-kuasa besar utama dunia, khususnya Amerika Syarikat (AS), Britain dan sekutunya tidak melakukan tindakan yang benar-benar berkesan?

Kenapa negara kecil seperti Israel begitu berani bertindak khususnya ke atas orang Islam Palestin, sedangkan dia dikelilingi oleh negara-negara Arab Islam yang jauh lebih besar darinya?

Itu semua adalah soalan-soalan yang selalunya bermain di kepala kita setiap kali tindakan ganas yang tidak berperi kemanusiaan dilakukan oleh Israel.



Tindakan ganas yang baru dilakukan beberapa hari lalu (31 Mei 2010) oleh pasukan komando Israel ke atas kapal Turki, Mavi Marmara yang dalam pelayaran di perairan antarabangsa telah mengakibatkan sekurang-kurangnya 19 orang terbunuh dan puluhan lain cedera.



Dunia sekali lagi dikejutkan oleh keganasan rejim Yahudi itu. Perasaan marah meluap-luap khususnya di kalangan umat Islam, tunjuk perasaan berlaku di seluruh ibu kota negara Islam, bendera Israel dan bendera AS dibakar. Laungan marah dijerit sekuat-kuatnya. Beberapa ketika kemudiannya, ia akan reda dan hilang seketika sehingga keganasan baru Israel berlaku semula.

Setahun lebih yang lalu (hujung 2008 hingga awal Januari 2009), Israel mengganas di Semenanjung Gaza selama lebih tiga minggu. Orang awam, kanak-kanak, wanita dan bangunan awam musnah. Rakyat melaungkan kebencian di seluruh dunia. Israel buat tak peduli walau hampir semua negara mengutuk tindakannya itu.



Kenapa tindakan ganas Israel ini berlaku dan terus berlaku? Apa yang harus kita lakukan?

Melihat struktur kuasa yang ada sekarang tidak akan membawa kesedaran kepada Israel. Struktur kuasa yang ada sekarang adalah merujuk kepada struktur state dan organisasi yang dibentuk selepas Perang Dunia Kedua berakhir dan asasnya adalah struktur kuasa dan organisasi yang bermula daripada konflik besar awal abad ke-20 (Perang Besar 1914-1918).

Ini kerana negara Israel lahir dan dibentuk oleh sistem yang dinyatakan itu dan terus kekal sehingga ke hari ini.

Perjanjian Versailles 1919 berusaha membentuk order baru dunia pasca konflik besar 1914-1918. Tetapi untuk siapa? Jawapannya pasti untuk Barat dan sekutunya, jauh sekali untuk Islam dan bukan Barat. Ho Chi Minh hadir dalam persidangan itu di Paris, tetapi kecewa kerana apa yang cuba dibentuk oleh Woodrow Wilson bukan untuk kepentingan sejagat, tetapi hanya untuk Barat dan melindungi kepentingan Barat.

Lalu Ho Chi Minh melihat kepada Soviet Union yang baru dibentuk (Revolusi Bolsevik 1917). Perjuangan Ho Chi Minh diteruskan sehingga berlakunya Perang Vietnam Pertama 1946-1954 dan terbentuk Vietnam Utara pada 1954 dan kejayaan penyatuan seluruh Vietnam pada 1975. Ini menunjukkan penipuan Barat yang menyatakan bahawa hentikan perang 1918 dan kita bina hidup baru demi perdamaian sejagat. Itu hanya untuk mereka orang Barat, bukan untuk keadilan sejagat seluruh dunia.



Apa kesannya kepada dunia Islam akibat rebahnya kerajaan Turki Uthmaniah pada 1918? Wilayah Islam di Asia Barat dipecah-belah dan dibahagikan kepada kuasa Barat. Lebih awal dari itu telah berlaku Arab Revolt 1916 (iaitu satu penipuan besar British terhadap orang Arab agar tidak menyokong Turki, dengan janji kemerdekaan kepada bangsa berbahasa Arab jika Turki dapat dikalahkan).

Orang Islam ditipu hidup-hidup apabila pada 1917 berlakunya Belfour Declaration yang menjadi asas kepada pembentukan negara Israel hari ini. Sejak itulah hijrah masuk penduduk Yahudi ke Palestin dengan sokongan kuat British bermula dalam tahun-tahun selepas Perang Dunia Pertama.

Peranan pihak British kemudiannya dimainkan oleh AS pada tahun-tahun awal selepas Perang Dunia Kedua, apabila pihak British secara relatifnya lemah. Ini telah membawa kepada pembentukan dan perisytiharan negara Israel pada tahun 1948.

Penubuhan Israel ini mendapat tentangan oleh banyak negara dunia, khususnya negara Islam di Asia Barat dan lain-lain bahagian dunia. Sehingga kini Malaysia, Indonesia dan Brunei tidak mempunyai hubungan diplomatik dan masih tidak mengiktiraf negara Yahudi.

Kenapa masalah ini berlarutan sehingga kini dan gagal diselesaikan? Apakah boleh diharapkan kepada PBB membantu menyelesaikan masalah keganasan Israel terhadap umat Islam Palestin. Adakah Israel akan berhenti membunuh Arab Palestin? Bila akan berakhir pembunuhan yang sedang dilakukan?

Dengan struktur yang ada, iaitu merujuk kepada PPB yang dikuasai oleh AS dan sekutu Baratnya maka apa pun keputusan, hanyalah akan bersifat keputusan yang apabila sampai kepada tindakan, ia tidak akan berjaya menyekat tindakan ganas Israel.

Tindakan yang akan dilakukan amat menyakitkan hati umat Islam. Ini berkait rapat dengan apa yang saya nyatakan di atas bahawa, terbentuknya negara Israel pada 1948 adalah dengan sokongan dan kepentingan Barat, khususnya AS (asas yang dibentuk iaitu Belfour Declaration 1917 juga adalah disokong kuat oleh Barat).

Adalah amat mustahil PBB akan melakukan sesuatu yang benar-benar melemahkan kedudukan Israel. Kita sebenarnya tertanya-tanya kenapa tindakan ganas Israel itu tidak disusuli oleh satu tindakan yang sewajarnya oleh PBB yang mewakili masyarakat antarabangsa yang menyanjung tinggi hak kemanusiaan?

Sistem dan struktur kuasa serta organisasi yang didokong oleh Barat juga gagal memainkan peranan dalam menyelesaikan masalah ini. Liga Arab nampaknya seakan-akan satu Pertubuhan Negara-Negara Arab, tetapi negara-negara yang menganggotainya seperti Mesir, Arab Saudi, Kuwait, Jordan dan lain-lain mempunyai hubungan dan kepentingan tertentu dengan AS yang tidak meletakkan kepentingan umat Islam itu lebih utama. Dalam banyak hal, tindakan mereka seolah-olah dikawal oleh AS.



Lebih melihat kepada satu bentuk pakatan baru yang tidak dipengaruhi oleh Barat (dan berusaha agar tidak dipengaruhi oleh Barat khususnya AS dalam sebarang keputusan). Ia mungkin lebih bersifat “radikal” tetapi kalaulah mahu penyelesaian, maka tindakan ini difikirkan sangat perlu.

Kalaulah OIC itu mahu dijadikan asas organisasi yang diharap-harapkan, maka perlu dimasukkan beberapa ketetapan yang mempunyai unsur-unsur ketenteraan di dalamnya, di mana apabila difikirkan perlu negara-negara anggota boleh membentuk pakatan tentera bagi melindungi negara anggota lain.

Ini bukan bermakna kita mahu peperangan, tetapi tujuan melindungi diri negara anggota daripada diserang. Kita mesti memasukkan ketetapan misalnya “sebarang pencerobohan ke atas mana-mana kawasan Islam seolah-olah menyerang semua wilayah Islam.”



Negara-negara Islam yang kuat seperti Iran atau Turki misalnya mungkin boleh memimpin organisasi baru ini dengan lebih berkesan.

Sudah pasti organisasi ini akan tidak disenangi oleh pihak AS dan Barat. Tetapi ini adalah jalan akhir bagi umat Islam daripada terus ditindas tanpa dibela. PBB tidak lagi boleh benar-benar diharapkan kerana ia tidak akan membela umat Islam. Rundingan selalu dilakukan di antara Palestin dan Israel, tetapi dalam masa rundingan sedang berjalan, pembunuhan dan tindakan kejam ke atas umat Palestin terus berlaku.

Organisasi ini agak radikal bagi kaca mata Barat, tetapi adil bagi umat Islam/Palestin yang sentiasa diancam dan dibunuh tanpa pembelaan. Pembunuhan kejam ke atas misi kemanusiaan adalah satu lagi tahap kekejaman yang sangat tinggi. Apa yang sedang berlaku pada masyarakat Palestin seolah-olah satu pembunuhan bagi menghapuskan umat Palestin.

Sudah sampai masanya untuk kita melakukan jihad dengan membentuk organisasi ketenteraan, dan pastinya kita terhutang budi dengan mereka yang sanggup berjuang dan rela syahid. Cuma organisasi yang benar-benar sesuai belum ada, bagi menyusun dan melatih mereka.


Solawat!

Friday, May 28, 2010

ghost - Hantu - Dan Kita

Hantu dan kita



Hantu (tulisan jawi ﻮﺘﻨﻫ) pada asasnya terbahagi kepada dua jenis, iaitu:-
Merupakan sejenis kewujupan tanpa fizikal seseorang yang mati. Ianya sering dianggap sebagai roh atau semangat seseorang yang kekal di bumi selepas mati. Menurut sesetengah sumber, hantu merupakan personaliti seseorang selepas kematian mereka, dan tidak terikat secara langsung kepada semangat atau roh. Setiap kebudayaan di dunia mempunyai cerita hantu tersendiri, tetapi ia berlainan menurut masa dan tempat, dengan percanggahan mengenai apakah hantu dan samaada ia adalah khayalan atau sebahagian alam semulajadi.
Merupakan sejenis makhluk alam ghaib yang wujud dalam alam yang berlainan dengan alam fizikal manusia. Menurut Islam, roh orang yang mati tidak lagi tinggal di bumi, oleh itu hantu adalah jin yang mengganggu manusia.

Kepercayaan mengenai hantu roh atau semangat

Hantu seringkali digambarkan sebagai bersaiz dan berbentuk manusia (walaupun sesetengah gambaran menyebut hantu haiwan), tetapi biasanya digambarkan sebagai “berkilauan”, “berbayang”, “lutsinar”, “seperti kabus”, atau seumpamanya. Hantu tidak mempunyai tubuh kasar seperti manusia, hanya bayangan badan (astral body). Kadang kala ia tidak nampak dilihat tetapi dalam fenomena lain seperti pergerakan objek, lampu terpasang atau tertutup dengan sendiri, bunyi, dll, yang tidak mempunyai penjelasan logik.



Di Barat mereka yang mempercayai hantu kadang-kala menganggap mereka sebagai roh yang tidak aman selepas mati, dan dengan itu berkeliaran di Bumi. Ketidakupayaan mendapat keamanan dijelaskan sebagai ada pekerjaan yang belum selesai, seperti mangsa yang mencari keadilan atau dendam selepas mati. Penjenayah, kadang-kala berlegar untuk mengelak Purgatori atau Neraka. Kadang-kala hantu dikatakan berada di awang-awangan, tempat, menurut nonorthodox doktarin Khatolik, antara Syurga dan Neraka di mana roh bayi yang tidak dibaptise tinggal. Penting bagi mengetahui bahawa walaupun Protestant dan Kristian Evangelikal aliran utama percaya kewujudan hantu secara prinsip (principalities), mereka tidak mempercayai hantu (sebagai semangat orang mati) dan meletakkan hantu ganas, seperti poltergeist, kepada tindakan jembalang, sama seperti Islam. Dalam Khatolok dan Kristian Anglikan (dan Christian Spiritualism), percayakan hantu adalah diterima dan boleh dibincang dengan paderi (clergy).



Dalam kebudayaan Asia (seperti di China), ramai orang mempercayai kepada kelahiran semula (reincarnation). Hantu merupakan roh yang enggan “dikitar semula” kerana mereka mempunyai perkara yang belum selesai, sama seperti di Barat. Exorcist boleh membantu menghalau atau mengitar semula hantu (reincarnated). Dalam tradisi Cina, selain dilahirkan semula, hantu boleh menjadi kekal (immortal) dan menjadi separa dewa (demigod), atau ia boleh pergi ke neraka dan menderita kekal selamanya, atau ia boleh mati sekali lagi dan menjadi “hantu kepada hantu”. Orang Cina juga percaya bahawa sesetengah hantu, terutamanya mereka yang mati lemas, membunuh manusia bagi menghalang mereka hak dilahirkan semula. Mangsa “pembunuh” paranormal dikenali sebagai ti4si2gui3 (替死鬼), iaitu bagi Cina sama seperti kambing hitam.

Dalam ugama Hindu, maklumat terperinci mengenai hantu terdapat dalam Garuda Purana, skripture dari Vedic tradisi (Hindu).



Kedua-dua Timur dan Barah berkongsi asas yang sama mengenai hantu. Mereka merayau-rayau sekitar tempat mereka sering pergi semasa hidup atau tempat mereka meninggal. Tempat sedemikian dikenali sebagai “rumah berhantu”; kitaran yang mereka lakukan dikenali sebagai “menghantui”. Mereka seringkali mengenakan pakaian yang mana mereka sering pakai semasa hidup.

Samsara Buddhist memasukkan konsep alam hantu lapar. Sentient being dalam alam tersebut dirujuk sebagai Hantu Lapar kerana ikatan mereka kepada dunia ini. Asura juga dirujuk sebagai “hantu bergaduh”.

Hantu dalam Islam

Dalam Islam, tidak wujudnya hantu, tetapi yang dikelaskan sebagai hantu merupakan jin yang mengganggu manusia. Setan yang juga tergolong dalam kelompok jin, dan jin dikenali sebagai mahkluk halus yang tinggal di dalam alam lain. Bagaimanapun, kumpulan jin ini boleh memasuki alam manusia. Terdapat jin yang membuat hubungan dengan manusia dan berkhidmat dengan manusia dengan matlamat menyesatkan manusia seperti merosakkan akidah dan sesama manusia. Persahabatan ini dikenali sebagai saka.

Analisa skeptik

Sementara sesetengah orang menerima hantu sebagai realiti, ramai yang lain mempersoalkan kewujupan hantu.

Skeptik mungkin cuba menjelaskan hantu yang kelihatan dengan menggunakan prinsip pencukur Occam (Occam’s razor), yang mana menyatakan bahawa penjelasan yang mudah dan memandai bagi sebarang keadaan atau fenomena adalah yang penjelasan yang paling mungkin.

Ini bererti bahawa motif dan keikhlasan orang yang melapurkannya dipersoalkan. Sebagai contoh, hantu yang berkeliaran biasanya dikaitkan dengan dendam atau mencari keadilan. Meletakkan kuasa dan motif sedemikian kepada orang mati boleh ditafsirkan sebagai taktik menakutkan mereka yang mungkin menimbangkan untuk membunuh seseorang.

Kedua, kemungkinannya penipuan atau penipuna perlu ditimbangkan, dengan mereka yang melapurkannya dianggap sebagai mangsa. Ianya berkemungkinan bahawa kadang-kala menceritakan cerita hantu mungkin satu cara bagi masyarakat terpencil bagi menghindari penceroboh. Ia juga berkemungkinan bahawa sekiranya taktik ini gagal, ia boleh diperbaiki dengan seseorang daripada masyarakat tersebut berlakun sebagai hantu.

Ketiga, penjelasan berasaskan pengetahuan mengenai psikologi manusia diberikan. Sebagai contoh, kemunculan hantu seringkali dikaitkan dengan gambaran bayang lutsinar, kelam, pudar, dan perasaan sejuk. Tetapi tindakbalas haiwan biasa kepada ketakutan adalah rambut tegak, yang boleh dikelirukan dengan rasa sejuk.

Aspek penglihatan hantu boleh dijelaskan melalui fisiologi: penglihatan sisi amat sensitif mengesan pergerakan, tetapi tidak bagi warna atau memfokos bentuk; dengan itu, tirai yang bergerak atau sebarang pergerakan diluar penglihatan fokus boleh menghasilkan ilusi bentuk.



Kewujupan infrasound semulajadi, di mana berlaku pada bawah frekuensi yang boleh didengari manusia (di bawah 20 hertz), mampu menjelaskan kecenderungan merasakan “kehadiran” dalam bilik, atau menjelaskan perasaan gelisah atau seram, kerana frekuensi infrasonik tertentu diketahui menghasilkan perasaan sedemikian kepada tubuh manusia.

Faktor psikologi sering kali disebut sebagai penjelasan bagi kejadian nampak hantu: mereka yang lemah semangat cenderong membesar-besarkan apa yang dilihat apabila melawat tapak kejadian sesuatu sejarah yang tidak diingini. Gambaran tertentu seperti gambar dan filem mungkin mendorong seseorang mengaitkan struktur tertentu atau kawasan sebagai berhantu kerana apa yang dilihatnya dalam filem.

Beberapa gambaran mengenai hantu pernah ditangkap secara tidak sengaja oleh masyarakat setempat. Kebanyakkan gambar yang diambil adalah di tepi jalan, kuburan,dan rumah-rumah sakit. Bayangan didalam gambar ini menunjukkan bayangan hitam, kepulan asap,rupa wajah dan juga cahaya yang terang.Tetapi kesahihannya masih belum diketahui.

Beberapa komuniti masyarakat telah mengelaskan pelbagai jenis hantu. Antaranya ialah pontianak, toyol, dan sebagainya.


Solawat!

Wednesday, May 26, 2010

Kisah Fathimah Az-Zahra Rha dan Pengilingan.





Suatu hari masuklah Rasulullah SAW menemui anandanya Fathimah az-zahra rha. Didapatinya anandanya sedang menggiling syair (sejenis padi-padian) dengan menggunakan sebuah penggilingan tangan dari batu sambil menangis. Rasulullah SAW bertanya pada anandanya, "apa yang menyebabkan engkau menangis wahai Fathimah?, semoga Allah SWT tidak menyebabkan matamu menangis". Fathimah rha. berkata, "ayahanda, penggilingan dan urusan-urusan rumahtanggalah yang menyebabkan ananda menangis". Lalu duduklah Rasulullah SAW di sisi anandanya. Fathimah rha. melanjutkan perkataannya, "ayahanda sudikah kiranya ayahanda meminta 'aliy (suaminya) mencarikan ananda seorang jariah untuk menolong ananda menggiling gandum dan mengerjakan pekerjaan-pekerjaan di rumah". Mendengar perkataan anandanya ini maka bangunlah Rasulullah SAW mendekati penggilingan itu. Beliau mengambil syair dengan tangannya yang diberkati lagi mulia dan diletakkannya di dalam penggilingan tangan itu seraya diucapkannya "Bismillaahirrahmaanirrahiim". Penggilingan tersebut berputar dengan sendirinya dengan izin Allah SWT. Rasulullah SAW meletakkan syair ke dalam penggilingan tangan itu untuk anandanya dengan tangannya sedangkan penggilingan itu berputar dengan sendirinya seraya bertasbih kepada Allah SWT dalam berbagai bahasa sehingga habislah butir-butir syair itu digilingnya.

Rasulullah SAW berkata kepada gilingan tersebut, "berhentilah berputar dengan izin Allah SWT", maka penggilingan itu berhenti berputar lalu penggilingan itu berkata-kata dengan izin Allah SWT yang berkuasa menjadikan segala sesuatu dapat bertutur kata. Maka katanya dalam bahasa Arab yang fasih, "ya Rasulullah SAW, demi Allah Tuhan yang telah menjadikan baginda dengan kebenaran sebagai Nabi dan Rasul-Nya, kalaulah baginda menyuruh hamba menggiling syair dari Masyriq dan Maghrib pun niscaya hamba gilingkan semuanya. Sesungguhnya hamba telah mendengar dalam kitab Allah SWT suatu ayat yang berbunyi : (artinya)

"Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya para malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang dititahkan-Nya kepada mereka dan mereka mengerjakan apa yang dititahkan".

Maka hamba takut, ya Rasulullah kelak hamba menjadi batu yang masuk ke dalam neraka. Rasulullah SAW kemudian bersabda kepada batu penggilingan itu, "bergembiralah karena engkau adalah salah satu dari batu mahligai Fathimah az-zahra di dalam sorga". Maka bergembiralah penggilingan batu itu mendengar berita itu kemudian diamlah ia.

Rasulullah SAW bersabda kepada anandanya, "jika Allah SWT menghendaki wahai Fathimah, niscaya penggilingan itu berputar dengan sendirinya untukmu. Akan tetapi Allah SWT menghendaki dituliskan-Nya untukmu beberapa kebaikan dan dihapuskan oleh Nya beberapa kesalahanmu dan diangkat-Nya untukmu beberapa derajat. Ya Fathimah, perempuan mana yang menggiling tepung untuk suaminya dan anak-anaknya, maka Allah SWT menuliskan untuknya dari setiap biji gandum yang digilingnya suatu kebaikan dan mengangkatnya satu derajat.





Ya Fathimah perempuan mana yang berkeringat ketika ia menggiling gandum untuk suaminya maka Allah SWT menjadikan antara dirinya dan neraka tujuh buah parit. Ya Fathimah, perempuan mana yang meminyaki rambut anak-anaknya dan menyisir rambut mereka dan mencuci pakaian mereka maka Allah SWT akan mencatatkan baginya ganjaran pahala orang yang memberi makan kepada seribu orang yang lapar dan memberi pakaian kepada seribu orang yang bertelanjang. Ya Fathimah, perempuan mana yang menghalangi hajat tetangga-tetangganya maka Allah SWT akan menghalanginya dari meminum air telaga Kautshar pada hari kiamat.

Ya Fathimah, yang lebih utama dari itu semua adalah keridhaan suami terhadap istrinya. Jikalau suamimu tidak ridha denganmu tidaklah akan aku do'akan kamu. Tidaklah engkau ketahui wahai Fathimah bahwa ridha suami itu daripada Allah SWT dan kemarahannya itu dari kemarahan Allah SWT?. Ya Fathimah, apabil seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya maka beristighfarlah para malaikat untuknya dan Allah SWT akan mencatatkan baginya tiap-tiap hari seribu kebaikan dan menghapuskan darinya seribu kejahatan. Apabila ia mulai sakit hendak melahirkan maka Allah SWT mencatatkan untuknya pahala orang-orang yang berjihad pada jalan Allah yakni berperang sabil. Apabila ia melahirkan anak maka keluarlah ia dari dosa-dosanya seperti keadaannya pada hari ibunya melahirkannya dan apabila ia meninggal tiadalah ia meninggalkan dunia ini dalam keadaan berdosa sedikitpun, dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman dari taman-taman sorga, dan Allah SWT akan mengkaruniakannya pahala seribu haji dan seribu umrah serta beristighfarlah untuknya seribu malaikat hingga hari kiamat.

Perempuan mana yang melayani suaminya dalam sehari semalam dengan baik hati dan ikhlas serta niat yang benar maka Allah SWT akan mengampuni dosa-dosanya semua dan Allah SWT akan memakaikannya sepersalinan pakaian yang hijau dan dicatatkan untuknya dari setiap helai bulu dan rambut yang ada pada tubuhnya seribu kebaikan dan dikaruniakan Allah untuknya seribu pahala haji dan umrah. Ya Fathimah, perempuan mana yang tersenyum dihadapan suaminya maka Allah SWT akan memandangnya dengan pandangan rahmat. Ya Fathimah perempuan mana yang menghamparkan hamparan atau tempat untuk berbaring atau menata rumah untuk suaminya dengan baik hati maka berserulah untuknya penyeru dari langit (malaikat), "teruskanlah 'amalmu maka Allah SWT telah mengampunimu akan sesuatu yang telah lalu dari dosamu dan sesuatu yang akan datang". Ya Fathimah, perempuan mana yang meminyak-kan rambut suaminya dan janggutnya dan memotongkan kumisnya serta menggunting kukunya maka Allah SWT akan memberinya minuman dari sungai-sungai sorga dan Allah SWT akan meringankan sakarotulmaut-nya, dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman dari taman-taman sorga seta Allah SWT akan menyelamatkannya dari api neraka dan selamatlah ia melintas di atas titian Shirat".

Solawat!
Umno dan Pas Perlukan Perubahaan!




Khabarnya di Machang 13 April 2009 lalu Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyerahkan kepada para perwakilan muktamar parti PAS untuk menentukan barisan kepimpinan parti tersebut, termasuk bagi jawatan presiden.

Isyarat yang diberikan oleh beliau menunjukkan ia satu 'restu' supaya sekiranya perlu, maka Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri perlu dilengserkan . Isyarat tanpa lapik tersebut amat mengejutkan beberapa teman saya dalam PAS.



Tuan Guru juga dilaporkan berkata, barisan kepimpinan parti sedia ada tidak semestinya kekal, dan jika para perwakilan inginkan perubahan maka ia wajar dilakukan ketika berlangsungnya muktamar parti itu kelak.

"Kalau ada yang perlu diubah, ubahlah. Ia bergantung kepada ahli-ahli di peringkat cawangan dan perwakilan yang dipilih untuk mengundi nanti. Malah kalau ada sesiapa rasa berkemampuan bertanding, tidak salah untuk tawarkan diri kerana mereka mempunyai hak."

Nik Abdul Aziz mengulas kemungkinan berlaku perubahan barisan kepimpinan parti itu untuk disesuaikan dengan 'tuntutan keadaan'.

Sekiranya Mursyidul Am PAS sendiri sudah menyarankan yang sekiranya 'perlu' Presiden PAS wajar ditukar, maka mungkinkah juga ada gerakan untuk menukar Mursyidul Am itu sendiri?



Merujuk perlembagaan PAS, Fasal 7: Hukum, Kekuasaan dan 'Majlis Syura Ulama' pada bahagian 4 kurungan (d) kita akan dapati mesyuarat majlis syura ulama berhak melantik Mursyidul Am dan Timbalannya dalam kalangan ahli majlis tersebut. Jawatan Mursyidul Am ada had masanya iaitu 3 tahun (ingat: 3 tahun); dengan syarat ia boleh berhenti sebelum cukup tempoh tersebut dan boleh diberhentikan dengan persetujuan dua pertiga daripada ahli-ahli Majlis Syura Ulama dan boleh pula diperbaharui setelah tamat tempoh (sekiranya perlu).

Tiga tahun adalah satu tempoh yang munasabah. Tempoh yang terlalu lama akan mendorong pemimpin tersebut melakukan lebih banyak kesilapan.



Untuk setiap ahli politik, mereka ada expiry date. Sekiranya kita mendengar rungutan ahli, kita akan mendapati terlalu ramai yang berasa tidak puas hati dengan Mursyidul Am, terutamanya 'pergeseran' beliau secara terbuka termasuk menulis surat terbuka kepada Presiden yang tentunya tidak perlu di zaman ada emel, sms, mms dan telefon bimbit. Mereka bagaimanapun tidak ada telor untuk menyuarakan hal ini secara terbuka; dan antara cara untuk meluahkan perasaan ialah dengan menelefon saya di tengah-tengah malam, dan merungut macam kerbau berkubang.

Menurut mereka, kecenderungan Mursyidul Am mempertahankan kumpulan moderat-liberal dalam parti Islam tersebut membimbangkan. Tambahan pula Tuan Guru telah ikut turun padang melancarkan buku aktivis Islam Liberal yang menurut sesetengah ahli PAS begitu menjolok mata.



Ingat, iklim politik boleh berubah dan mengena batang hidung sendiri. Gorbachev menggalakkan perubahan dan reformasi dalam pentadbirannya di Soviet Union, dan akhirnya beliau sendiri menjadi mangsa sistem ciptaan sendiri. Seperti juga Pak Lah yang terbalik dan diterbalikkan oleh kumpulan yang mahu mengekalkan status quo 'isme'nya.

Episod politik UMNO amat menarik apabila Mahathirisme kembali bertakhta. ini kita akan melihat pula apakah PAS akan menjadi parti memperjuangkan Islam yang sebenar atau menjadi Parti Islam Liberal sepenuhnya.



Justeru, saya kira jangan salah seruan seperti memberi isyarat merubah kepimpinan sewenang-wenangnya; kerana jawatan di dunia ini tidak selamat dan tidak kekal. Hari ini orang boleh suka, esok orang boleh benci.



Pandai-pandai memilih. UMNO perlu berubah, PAS juga perlu berubah. Jika kedua-duanya tidak berubah kemaraan jaringan liberalis penyokong kebebasan mutlak, free-market dan anti pemurnian budaya akan terus berkembang.



Ingat musuh kita bukan 'sesama sendiri'. Tetapi musuh kita adalah 'dalam kalangan kita sendiri', yang duduk dalam selimut, dengan guntingan yang akan menjahanamkan agama, bangsa dan negara. Tidak cukup dengan front sendiri, 'ejen', biak dan juak mereka juga mara dalam kedua-dua parti, dan jika politikus kita terus leka peradaban dan agama akan seluruhnya runtuh.

*Pautan dari Blog Faizal Tehrani

Solawat!

Sunday, May 9, 2010

Mawkeb-ul Abaa:
Perjalanan Duka Zainab al Kubra dari Karbala ke Damsyik



FILEM Mawkeb-ul Abaa atau dalam bahasa Inggerisnya The Caravan of Pride, adalah sebuah filem dengan naratif Islami, yang menyorot peristiwa pembunuhan Saidina Husin serta perjalanan duka keluarga Rasulullah saw ke Damsyik, Syria.

Filem ini sungguh luar biasa sinematografinya, berbekas dari segi lakonan dan paling penting ia berusaha mengangkat secara tepat apa yang berlaku ke atas keluarga Nabi Muhammad saw setelah 72 orang pengikut Saidina Husin diseligi, dibantai dan disembelih di Karbala.

Justeru, plot Mawkeb-ul Abaa menghimpunkan sorotan pandangan sejarah dari sejarawan terkemuka dunia sunni mahupun syiah bagi menghidupkan peristiwa malang yang menimpa umat Islam. Ini memberi keistimewaan pertama buat filem ini yang akan menjawab beberapa tohmahan kumpulan salafi seperti, siapakah pengkhianat sebenar di Kufah, mengapakah golongan syiah mengenangi dan meratapi kesyahidan Saidina Husin selain membongkar kejelekan dan kezaliman bani Umayyah. Filem ini juga menunjukkan awal permulaan revolusi menuntut tajdid ke atas agama dengan kekuatan watak dan perwatakan Zainab al Kubra, anak perempuan Saidina Ali dan Sayyidah Fatimah Zahra yang kurang dikenal orang hari ini.

Mawkeb-ul Abaa juga menonjolkan watak Imam Ali Zainal Abidin, piut Rasulullah saw. Untuk menghidupkan watak, setiap dialog yang dituturkan oleh watak ini digubah berdasarkan riwayat hidup baginda. Maka tidak menghairankan, filem ini dipenuhi dengan ayat al-Quran, hadis Nabi Muhammad saw dan memahamkan kita bagaimana ayat al-Quran dan hadis baginda Rasulullah saw telah dimanipulasi oleh penguasa bani Umayyah untuk tujuan politik pada waktu itu. Kesannya, umat Islam hari ini menerima agama yang dititahkan dari istana serta sama sekali berlainan dengan apa yang diajarkan oleh Nabi Muhammad saw.

Mawkeb-ul Abaa dibuka dengan tampang Saidina Husin (tanpa wajah) dan tangan baginda memegang pedangnya yang tersohor sedang bersiap untuk berangkat dari tanah suci Madinah menuju ke Kufah. Syot berpindah ke arah wajah Ummul Mukminin Ummu Salamah yang sedang berasa tidak sedap hati. Dan ia segera beralih kepada perlakuan Yazid bin Muawiyah, pembunuh dan penjahat umat ini. Kemudian, sepuluh minit pertama filem menunjukkan sisi paling gelap dan malapetaka di Karbala. Adegan menyayat hati Zainab al Kubra, adindanya Saidina Husin menangis sambil mendepangkan tangan ke langit dan berkata ”Ya Allah, terimalah ini pengorbanan kami” sungguh mengharukan dan berjaya memberi kesan yang dramatik.

Gambaran karektor Yazid bin Muawiyah amat tepat. Sebagai penjahat yang memusuhi agama ia telah dilakonkan dengan baik sekali sehingga berjaya membangkitkan rasa benci kepada musuh Allah dan Rasul ini. Tidak hairan sekali perwatakan Yazid dalam filem ini dipaparkan sebagai peminum arak dan suka bermain dengan kera dan anjing. Malahan ulama terkenal Nusantara, Hamka dalam prakata buku terjemahan karya alHamid al Husaini berjudul Al Husain bin Ali menulis:

‘Husain pun berangkat dengan kaum keluarganya terdekat, menuntut haknya, berpuluh orang, tidak sampai seratus. Setelah Yazid menerima berita itu dikirimnya tentera tidak kurang dari 4 ribu orang di bawah pimpinan Abdullah bin Ziyyad. Maka terjadilah peperangan hebat di padang Karbala di antara dua kekuatan tidak seimbang, di antara puluhan termasuk anak-anak dan perempuan pengiring setia Husain dengan 4 ribu tentera Yazid dari Damsyik, yang bagaimana pun gagah perkasa perlawanan Husain, perlawanan yang hancur, dan yang kacau, beliau sendiri mati terbunuh, kepalanya, dipotong dan dibawa oleh Abdullah bin Ziyyad menghadap Yazid bin Muawiyah.’

Penabalan Yazid bin Muawiyah adalah titik celaka politik buat umat Islam kerana sejak itulah umat dipaksakan dengan sistem monarki (raja-raja) yang menyalahi ajaran Islam yang dibawa oleh Rasulullah saw. Hal ini misalnya diakui oleh tokoh gerakan Islam Pakistan, Maulana Abu ‘Ala al Maududi dalam bukunya Khilafah wal Mulk, beliau menulis:

‘Demikian itulah awal peralihan yang amat penting itu, kemudian menjadi makin kukuh dan makin dalam akar-akarnya setelah penunjukan Yazid sebagai putera mahkota, sedemikian rupa sehingga tidak pernah sistem khilafah ini tergoncang di suatu saat sekeras itu, sejak masa itu sampai dengan dihapuskannya sistem khalifah sama sekali oleh Mustafa Kamal Attaturk dalam abad sekarang ini. Maka sejak itu (yakni sejak berkuasanya Muawiyah) tercetuslah cara yang permanen untuk pembaitan secara paksaan serta tumbuhnya dinasti-dinasti tirani. Dan semenjak itu sampai hari ini tidak pernah, dalam garis perjalanan hidup kaum muslimin muncul satu kesempatan pun untuk kembali ke sistem khilafah yang terpilih.’



Sesungguhnya menonton filem Mawkeb-ul Abaa ini adalah ibarat menghidupkan kembali kedukaan sesudah 10 Muharram di mana sebaik sahaja Saidina Husin dan sahabatnya disembelih, para wanita dan ahli keluarganya (ahli keluarga Rasulullah saw) digiring bagaikan tahanan dan hamba untuk dibawa ke Kufah, kemudian ke Damsyik. Perjalanan duka itu diiringi oleh kepala Saidina Husin dan sahabatnya yang tertancap di hujung tombak.

Menonton filem ini juga dapat memahamkan mengapa segelintir orang percaya Yazid kononnya tidak bersalah. Kerana setelah Yazid yang jahat itu terkesima gagal menjawab bicara Zainab yang fasih di istananya pengaruh politiknya kian merosot, bahkan umat Islam tertentu digegarkan oleh kezaliman umat Islam lain yang berani membunuh keluarga Rasulullah saw demi membalas dendam kesumat bani Umayyah sejak perang Badar. Menyedari kuasa politiknya mungkin terjejas, untuk itu Yazid berpura-pura melakukan kebaikan buat ahlul bait Nabi Muhammad sedangkan semuanya sudah terlambat. Inilah puncanya mengapa sesetengah agamawan dan sejarawan hari ini percaya Yazid kononnya tidak mengetahui pembunuhan Imam Husin. Tontonilah filem ini, untuk mengetahui bagaimana umat Islam telah terjerumus dalam feudalisme seperti yang diamalkan oleh raja-raja Rom dan Parsi. Ia dapat menerangkan pemikiran anda bagaimana ada ulama yang bekerja untuk mengangkat kepentingan istana seperti yang bersepahan hari ini.

Banyak filem telah dihasilkan mengenai peristiwa Karbala, pembunuhan yang mengerikan dan menyayatkan hati tersebut sungguh menggegarkan isi langit dan bumi, akan tetapi sedikit sekali filem yang menyorot apa yang berlaku setelah kejadian itu. Mawkeb-ul Abaa berusaha untuk mengangkat bahagian paling memilukan, iaitu kepedihan dan kesedihan mendalam umat Islam apabila ahlul bait dibunuh.


Solawat !

Saturday, May 1, 2010

ABU TALIB

Polemik status agama Abu Talib
SUSUNAN SITI AINIZA KAMSARI (Utusan Malaysia Online)



Makam isteri Nabi Muhammad, Siti Khadijah Khuwailid di Ma'la yang berhampiran makam anak baginda, iaitu Kassim yang wafat dalam usia yang masih kecil.
________________________________________

TIADA niat untuk mempolemikkan status agama bapa saudara Nabi Muhamad SAW, Abu Talib bin Abdul Mutallib yang dikatakan meninggal dunia dalam keadaan tidak beriman kepada Allah.
Tetapi ada pihak yang masih bertanyakan mengenai 'kelainan' kisah-kisah sebenar di sebalik kematian Abu Talib itu. Ini memerlukan untuk kita melanjutkan kisah itu dari tulisan al Mubarakfuri dalam bukunya Sirah Nabawiyyah mengenai peristiwa sejurus bapa saudara baginda itu meninggal dunia.

Rasulullah SAW mungkin begitu kesal dengan kematian bapa saudaranya itu. Namun yang baginda kesalkan adalah apabila sehingga di saat kematian bapa saudaranya itu pun, Abu Jahal masih tidak berputus asa menghalang penyebaran Islam. Walau bagaimanapun baginda menerima ketentuan yang seperti ini dan lalu berkata: "Akanku pohonkan keampunan (dari Allah) untuk mu wahai bapa saudaraku selagi aku tidak dilarang berbuat demikian". Lalu Allah turunkan ayat surah at-Taubah, ayat 113 bagi menjawab persoalan mengenai kematian Abu Talib itu. Firman Allah yang bermaksud: Tidaklah dibenarkan bagi Nabi dan orang-orang yang beriman, meminta ampun bagi orang-orang musyrik sekalipun orang itu kaum kerabat sendiri, sesudah nyata bagi mereka bahawa orang-orang Musyrik itu adalah ahli neraka.



Begitu juga firman Allah yang bermaksud: Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi (supaya dia menerima Islam), tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut undang-undang peraturan-Nya) dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang (ada persediaan untuk) mendapat hidayah petunjuk (kepada memeluk Islam). (al-Qasas: 56) Kata al Mubarakfuri, kita tidak perlu menghuraikan tentang perlindungan dan pengawalan yang selama ini diberikan oleh Abu Talib (kepada Rasulullah). "Dia adalah kubu yang teguh memelihara dan dakwah Islamiah daripada serangan-serangan orang yang takbur dan bodoh. "Sayangnya dia tetap berpegang kepada agama nenek moyangnya. Justeru dia tidak mendapat kejayaan yang sebenar," katanya. Dalam hadis-hadis riwayat Al Abbas bin Abdul Mutalib, bahawa dia pernah bertanya kepada anak saudaranya, baginda Rasulullah mengenai kematian Abu Talib itu. "Apakah engkau tidak dapat menolong bapa saudaramu sedangkan dia melindungi kamu dan marah demi keranamu," tanya Al-Abbas.
Lalu baginda menjawab: "Abu Talib berada dalam tempat yang paling cetek di neraka (hukuman paling ringan). Kalaulah tidak kerana aku, nescaya dia berada di lapisan terbawah dari neraka".
Sementara seperti yang diriwayatkan oleh Abu Said Al Khudriy, bahawa Al Abbas pernah mendengar baginda bersabda (mengenai nasib Abu Talib): "Boleh jadi ada gunanya syafaatku kepadanya pada hari kiamat kelak, di mana dia akan diletakkan dalam tempat yang cetek dari neraka sehingga sampai ke buku lalinya".

Sementara dalam bukunya, Fiqh Al-Harakah - Dari Sirah Nabawiyyah (Dewan Pustaka Fajar, 1992) Abdul Hadi Awang pula menulis bahawa menurut pendapat mazhab syiah dan beberapa orang di kalangan Ahli Sunnah Wal Jamaah bahawa Abu Talib telah menganut Islam berdasarkan beberapa riwayat yang membuktikan bahawa bapa saudara Nabi itu bukanlah meninggal dunia dalam keadaan musyrik. Bahawa Al Abbas (r.a) telah mendengar Abu Talib pernah berkata: "Sesungguhnya aku telah mengetahui bahawa agama yang dibawa oleh Muhammad adalah agama yang paling baik (min khaira adyani) di kalangan agama-agama yang dianut oleh makhluk ini".



Mereka mempertahankan bahawa Abu Talib telah menerima Islam dengan mengemukakan beberapa alasan yang lain:

1) Abu Talib mengambil sikap mempertahankan Islam, mempertahankan Rasulullah dan mempertahankan mereka yang menganut Islam di samping keluarnya ucapan dari mulutnya yang menunjukkan betapa kasihnya kepada nabi dan para sahabatnya.

2) Abu Talib menyanjung tinggi segala tuntutan Nabi kepadanya. Tidak ada riwayat yang menunjukkan bahawa beliau pernah memuja (menyembah) berhala.

3) Diriwayatkan dari Al Abbas bahawa Abu Talib pernah mengucapkan dua kalimah syahadah. Namun para ulama hadis menolak riwayat ini hanya kerana Al Abbas pada masa itu belum lagi memeluk Islam.

Namun bagi mereka yang dapat menerima riwayat dari Al Abbas ini, cuba mempertahankannya dengan bertanya: "Adakah berani kita mengatakan Al Abbas, iaitu salah seorang lagi bapa saudara kesayangan dan dikasihi Nabi itu adalah seorang yang pembohong?"

Hadi Awang kemudiannya menukilkan pendapat Al Syaikh Muhammad Abu Zahrah (r.a) yang menegaskan: "Bahawa aku berpendapat Abu Talib bukanlah seorang Musyrik. Ini kerana mereka yang musyrik itu menyembah berhala. Sedangkan amalan Abu Talib dan termasuk juga kata-kata dan pendiriannya menunjukkan bahawa beliau berpendapat menyembah berhala itu suatu kebatilan. Oleh itu aku lebih cenderung beristighfar untuknya".

ADA sesetengah pendapat lain mengatakan bahawa Abu Talib adalah seorang Muslim apabila jenazahnya disempurnakan cara Islam. Dikatakan setelah kering air mata baginda ekoran kesedihan atas kematian bapa saudaranya itu, dengan suara pilu lalu baginda menyuruh anak Abu Talib, iaitu Saidina Ali untuk menguruskan jenazah. "Mandikanlah, kafanilah dan kuburkanlah! Semoga Allah mengampuni dan merahmatinya," kata baginda. Dalam hal ini jika Rasulullah menyuruh Ali agar memandikan ayahnya bermakna hanya jenazah mereka yang Muslim sahaja layak diuruskan dengan cara itu.

Pada hal, Islam tidak membolehkan orang Islam memandikan (jenazah) orang kafir mahupun menguruskan jenazah orang kafir secara Islam. Lalu sebagai seorang yang begitu mempunyai makna dan pengaruh yang sangat besar dalam kehidupan Nabi Muhammad, apakah hakikat sebenar mengenai status agama Abu Talib ini? Namun yang jelas, pemergian Abu Talib sangat meninggalkan kesan yang sangat mendalam kepada diri Rasulullah. Sehingga dalam nada yang sebak baginda berkata: "Orang-orang Quraisy tidak pernah meninggalkan sesuatu yang tidak disukai sedikitpun kepadaku sehinggalah Abu Talib meninggal (dunia)."

Yang jelas, Abu Talib tidak sekadar tokoh besar yang sangat dihormati dan dimuliakan oleh lawan dan kawan terutama di kalangan para pembesar Mekah. Namun beliau merupakan tokoh yang tidak sekadar memberi perlindungan kepada seorang Rasul mahupun sekadar bapa saudara yang membesarkan anak saudaranya tetapi yang jelas tanpanya, Islam itu sendiri sukar untuk disebarkan. Tiga hari kemudian iaitu selepas kematian bapa saudara kesayangan, baginda bagaikan jatuh bertimpa-timpa. Kali ini isteri kesayangan baginda, Saidatina Siti Khadijah pula menurut jejak Abu Talib.

Siti Khadijah meninggal dunia di saat baginda sedang mencari kekuatan baru selepas kematian Abu Talib. Khadijah wafat pada tanggal 10 atau 11 Ramadan tahun ke 10 kenabian dan dimakamkan di Pemakaman Ma'la di sebuah kawasan bernama Hujun. Rasulullah tidak melakukan solat jenazah terhadap jenazah isterinya itu kerana pada saat itu perintah untuk solat jenazah belum disyariatkan.

Namun baginda sendiri turun ke dalam makam untuk menguruskan persemadian terakhir Khadijah. Baginda juga menimbunkan tanah pada makam Khadijah.
Pada tahun 950 H, sebuah bangunan berkubah didirikan di atas makam Khadijah yang kemudiannya dibaik pulih semula pada tahun 1298H. Namun pada hari ini, semua itu tiada lagi. Kubah dan bangunan itu telah dirobohkan.

Solawat!