google language translate

flashVortex


Search This Blog


Wednesday, May 26, 2010

Umno dan Pas Perlukan Perubahaan!




Khabarnya di Machang 13 April 2009 lalu Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyerahkan kepada para perwakilan muktamar parti PAS untuk menentukan barisan kepimpinan parti tersebut, termasuk bagi jawatan presiden.

Isyarat yang diberikan oleh beliau menunjukkan ia satu 'restu' supaya sekiranya perlu, maka Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri perlu dilengserkan . Isyarat tanpa lapik tersebut amat mengejutkan beberapa teman saya dalam PAS.



Tuan Guru juga dilaporkan berkata, barisan kepimpinan parti sedia ada tidak semestinya kekal, dan jika para perwakilan inginkan perubahan maka ia wajar dilakukan ketika berlangsungnya muktamar parti itu kelak.

"Kalau ada yang perlu diubah, ubahlah. Ia bergantung kepada ahli-ahli di peringkat cawangan dan perwakilan yang dipilih untuk mengundi nanti. Malah kalau ada sesiapa rasa berkemampuan bertanding, tidak salah untuk tawarkan diri kerana mereka mempunyai hak."

Nik Abdul Aziz mengulas kemungkinan berlaku perubahan barisan kepimpinan parti itu untuk disesuaikan dengan 'tuntutan keadaan'.

Sekiranya Mursyidul Am PAS sendiri sudah menyarankan yang sekiranya 'perlu' Presiden PAS wajar ditukar, maka mungkinkah juga ada gerakan untuk menukar Mursyidul Am itu sendiri?



Merujuk perlembagaan PAS, Fasal 7: Hukum, Kekuasaan dan 'Majlis Syura Ulama' pada bahagian 4 kurungan (d) kita akan dapati mesyuarat majlis syura ulama berhak melantik Mursyidul Am dan Timbalannya dalam kalangan ahli majlis tersebut. Jawatan Mursyidul Am ada had masanya iaitu 3 tahun (ingat: 3 tahun); dengan syarat ia boleh berhenti sebelum cukup tempoh tersebut dan boleh diberhentikan dengan persetujuan dua pertiga daripada ahli-ahli Majlis Syura Ulama dan boleh pula diperbaharui setelah tamat tempoh (sekiranya perlu).

Tiga tahun adalah satu tempoh yang munasabah. Tempoh yang terlalu lama akan mendorong pemimpin tersebut melakukan lebih banyak kesilapan.



Untuk setiap ahli politik, mereka ada expiry date. Sekiranya kita mendengar rungutan ahli, kita akan mendapati terlalu ramai yang berasa tidak puas hati dengan Mursyidul Am, terutamanya 'pergeseran' beliau secara terbuka termasuk menulis surat terbuka kepada Presiden yang tentunya tidak perlu di zaman ada emel, sms, mms dan telefon bimbit. Mereka bagaimanapun tidak ada telor untuk menyuarakan hal ini secara terbuka; dan antara cara untuk meluahkan perasaan ialah dengan menelefon saya di tengah-tengah malam, dan merungut macam kerbau berkubang.

Menurut mereka, kecenderungan Mursyidul Am mempertahankan kumpulan moderat-liberal dalam parti Islam tersebut membimbangkan. Tambahan pula Tuan Guru telah ikut turun padang melancarkan buku aktivis Islam Liberal yang menurut sesetengah ahli PAS begitu menjolok mata.



Ingat, iklim politik boleh berubah dan mengena batang hidung sendiri. Gorbachev menggalakkan perubahan dan reformasi dalam pentadbirannya di Soviet Union, dan akhirnya beliau sendiri menjadi mangsa sistem ciptaan sendiri. Seperti juga Pak Lah yang terbalik dan diterbalikkan oleh kumpulan yang mahu mengekalkan status quo 'isme'nya.

Episod politik UMNO amat menarik apabila Mahathirisme kembali bertakhta. ini kita akan melihat pula apakah PAS akan menjadi parti memperjuangkan Islam yang sebenar atau menjadi Parti Islam Liberal sepenuhnya.



Justeru, saya kira jangan salah seruan seperti memberi isyarat merubah kepimpinan sewenang-wenangnya; kerana jawatan di dunia ini tidak selamat dan tidak kekal. Hari ini orang boleh suka, esok orang boleh benci.



Pandai-pandai memilih. UMNO perlu berubah, PAS juga perlu berubah. Jika kedua-duanya tidak berubah kemaraan jaringan liberalis penyokong kebebasan mutlak, free-market dan anti pemurnian budaya akan terus berkembang.



Ingat musuh kita bukan 'sesama sendiri'. Tetapi musuh kita adalah 'dalam kalangan kita sendiri', yang duduk dalam selimut, dengan guntingan yang akan menjahanamkan agama, bangsa dan negara. Tidak cukup dengan front sendiri, 'ejen', biak dan juak mereka juga mara dalam kedua-dua parti, dan jika politikus kita terus leka peradaban dan agama akan seluruhnya runtuh.

*Pautan dari Blog Faizal Tehrani

Solawat!

No comments:

Post a Comment