google language translate

flashVortex

Search This Blog

Sunday, March 28, 2010

Wahabi??





Misteri Istilah Wahabi, Adakah 'Misteri'?


Dalam ruangan rencana, akhbar Mingguan Malaysia 5 Julai 2009, seorang ahli akademik menulis sebuah artikel pendek dengan judul 'Misteri Istilah Wahabi'. Artikel tersebut dapat difahami menerusi nadanya adalah bertujuan untuk mempertahankan kelompok wahabi.. Usaha beliau memberi sisi pandang yang positif terhadap wahabi menerusi artikel tersebut adalah merupakan hak beliau untuk berhujah yang diraikan. Hak yang sama harus diberikan untuk memberi pula sisi pandang yang negatif terhadap wahabi. Saya akan memberikan sisi pandang tersebut di sini. Sesungguhnya tidak ada yang misteri pada kalimat Wahabi. Ia hanyalah satu usaha defensif yang sia-sia. Kita telah lama mengetahui perangai wahabi.

al-Marhum Ustaz Wan Mohd Shaghir telah mengajar kita, tulis Allahyarham: “Pada abad-abad yang berikutnya tokoh yang paling banyak membicarakan supaya umat Islam kembali kepada aqidah salaf ialah Ibnu Taimiyah. Dilanjutkan oleh muridnya Ibnul Qaiyim al-Jauziyah. Kemudian dilanjutkan dengan Muhammad bin Abdul Wahab, daripada beliau inilah dinisbahkan istilah kaum wahabi oleh golongan yang tidak menyetujui fahamannya. Dalam proses yang begitu lama golongan yang tersebut memang ditolak oleh ulama sedunia dari semua mazhab termasuk juga ulama dunia Melayu kerana yang disebarkan oleh mereka adalah dianggap bertentangan dengan ahlus sunnah wal jamaah.

Hal tersebut, baik ulama dunia luar atau pun ulama dunia Melayu, bukannya menolak aliran salafi akan tetapi yang tidak meyakinkan ialah fahaman yang diajarkan oleh mereka itu belum tentu sesuai dengan ajaran salaf yang sebenarnya.” Sila rujuk lanjut al marhum Ustaz Wan Mohd Shaghir Abdullah, Penutup Perdebatan Islam Alaf Kedua di Dunia Melayu, Khazanah Fathaniyah, Kuala Lumpur, 1999. Jelaslah al-Marhum Ustaz Wan Mohd Shaghir menegaskan wahabi “memang ditolak oleh ulama sedunia dari semua mazhab”, ini termasuklah ulama syiah. Apa pula keterangan ulama syiah tentang wahabi ini? “Sekali lagi sekte baru tiba-tiba berkembang dalam komunitas Muslim.

Rasa sesal muncul saat terbentuknya kekuasaan Haramain Syarifain yang ditempatkan di bawah kepemilikan kelompok ini, sebagai hasil dari bentuk kompromi dengan Inggris dan negara-negara adikuasa lainnya pada masa itu. Juga disebabkan oleh bubarnya Khalifah Utsmani, serta pembahagian negara-negara Arab di antara kalangan negara adikuasa, kaum wahabi yang berasal Najd mendapatkan kontrol atas daerah Makkah dan Madinah, begitu juga dengan peninggalan Islam. Mereka mengerahkan seluruh daya usaha dalam menghancurkan makam-makam para wali Allah, dan dalam pelanggaran dengan penghinaan terhadap keturunan Nabi saw dengan meruntuhkan kuburan-kuburan mereka dan peninggalan-peninggalan historis lain yang disandarkan kepada mereka.



SYEIKH AL-WAHHABI AL-UTHAIMIEN

NAMA: Muhammad Bin Soleh Bin Muhammad Al-Uthaimien.
TEMPAT LAHIR: Najd ( Riyad ).
LAHIR: 1926M.
MATI: 2001.
STATUS: Anak Murid Bin Baz.

PENYELEWENGAN DALAM AQIDAH & FEQAH:
- Mengkafirkan Umat Islam.
- Mengutuk & Mengkafirkan Aqidah Imam Nawawi.
- Menghukum Sesat Imam Ibnu Hajar Al-Asqolani Dalam Aqidah.
- Menolak & Menafikan Kenabian Nabi Adam.
- Berakidah Allah Ada Dua Tangan Seperti Makhluk (hakiki).
- Berakidah Zat Allah Di a Atas Arasy.
- Berakidah Allah Duduk.
- Mewajibkan Permindahan Maqam Nabi Dari Tempat Asal Baginda.
- Banyak lagi…


SYEIKH MUFTI WAHHABI BINBAZ

NAMA : Abdul Aziz Bin Baz.
TAHUN LAHIR: 1912M.
TEMPAT LAHIR: Najd ( Riyadh ).
DIKAMBUS: 1999M.
KESILAPAN DALAM AQIDAH:
- Kafirkan Umat Islam.
- Mengkafirkan Seluruh Umat Islam Di Mesir dan Bumi Syam.
- Tolak Akidah Betul ‘ Allah Bukan Jisim ’.
- Berakidah Allah Berpenjuru, Berarah dan Bertempat.
- Mengkafirkan Umat Islam Al-Asya’irah.
- Menghina Nabi Muhammad.
- Menghina Nabi Muhammad Sebagai AUTHAN Iaitu Patung Berhala.
- Mengharuskan Pakai Lambang Salib Kristian.
- Mengkafikran Seluruh Umat Islam Yang Tinggal Di Hijaz Dan Yaman.
- Berakidah Allah Duduk Atas Kerusi.
- Berakidah Zat Allah Di Atas Arasy Pulak.
- Berakidah Allah Mempunya Dua Belah Kaki Seperti Makhluk.
- Berakidah Allah Bercakap Macam Manusia Dengan Huruf Dan Suara.
- Banyak lagi…

PENYELEWENGAN DALAM FEQAH:
- Menganggap Amalan Sunat Sebagai Bid’ah.
- Haramkan Sebutan “ Sodaqallahu ‘Azhim ” Dan Menghukumnya Sebagai Sesat.
- Mengharamkan Pengunaan Tasbih Secara Mutlak.
- Mengharamkan Perkataan Wahhidullah.
- Mengharamkan Tawassul Secara Mutlak.
- Samakan Sambutan Maulid Nabi Dengan Yahudi & Kristian.
- Mengharamkan Potong Janggut Walaupun Untuk Kekemasan Diri.
- Mengharamkan Selawat Keatas Nabi.
- Tolak Hadith Nabi (Fadhilat Ziarah).
- Haramkan Wanita Bawa Kereta Secara Mutlak.
- Banyak lagi…

Pada saat itu juga, para ulama syiah bersama-sama para ulama sunni sebagaimana telah kami sebutkan di muka, berusaha sangat keras mengkritik pandangan-pandangan Abdul Wahab. Kedua kelompok memulai jihad ilmu dan lojika dalam sikap yang sebaik mungkin." Sila baca lanjut Ayatullah Ja’far Subhani, Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab dan Ajarannya (terjemahan Arif M dan Nainul Aksa), Penerbit Citra, Jakarta, 2007.




Nah jelaslah, sejak dari awal, sunni dan syiah telah bergotong royong membetulkan sikap dan keterpesongan kumpulan wahabi ini. Untuk mereka yang meneliti sejarah seperti yang disebut sepintas lalu oleh Ayatullah Syeikh Ja’far Subhani di atas, persekongkolan wahabi dan keluarga Saud untuk menumbangkan sistem khilafah dengan didalangi British, bukanlah lagi satu rahsia (atau misteri). Hal ini misalnya dibongkar oleh Imran N Hossein, anak murid Maulana Muhammad Fadzlur Rahman Ansari, seorang ulama sufi terkenal yang pernah berguru dengan penyair terkenal dunia Islam Muhammad Iqbal.

Saya hanya mahu menurunkan sedikit sahaja pandangan Sheikh Imran: “By supporting Ibnu Saud the British were now ensuring that so long as the Saudi-Wahabis ruled over the Hejaz, the Caliphate could never be revived…” Di dalam bukunya, Imran telah berjaya membuktikan kewujudan wahabi sangat dibantu dan didorong oleh penjajah British dalam usaha untuk menjatuhkan pengaruh kerajaan Othmaniyyah, memecah belahkan umat Islam selain merebut Palestina dari tangan umat Islam untuk diberi kepada Zionis.

Silalah merujuk Imran N Hossein, The Caliphate-The Hejaz and the Saudi Wahabi Nation State, Masjid Dar al-Quran, New York, 1997. (Buku ini boleh dibeli di Saba Islamic Media.) Tujuan penubuhan wahabi untuk memecah belahkan umat Islam itu masih berlangsung sehingga hari ini. Bacalah pandangan Dato Dr Harun Din di sini: “Pada pegangan sesetengah ulama di Arab Saudi, mereka tidak mahu dan mengatakan tidak boleh sama sekali mentakwilkan sifat-sifat Allah. Mereka melarang takwil seumpama yang saya sebutkan di atas. Kata mereka, kalau tangan Allah, maka tanganlah, jika muka, maka ia muka Allah.



Di sinilah mereka melarang sehingga menjatuhkan hukuman syirik seperti yang anda dengari sebagaimana yang disebutkan…. Adalah patut dijadikan perpaduan ummah itu sebagai suatu kemestian. Kita hanya menjelaskan apa yang kita pegang sahaja. Jangan sesekali mempertikaikan apa yang orang lain lakukan.” Dato Dr Harun Din, Perbahasan Mengenai Mazhab As-Sya’airah, Harakah 9-12 Jamadil Awal 1430 H. Saya turunkan pandangan Dato Dr Harun Din di atas kerana ustaz-ustaz yang malas mengkaji di luar lebih kenal beliau dari Ayatullah Ja'far Subhani dan Syeikh Imran Hossein. Sumbernya juga murah dan mudah iaitu dari Harakah. Baik tuan-tuan, bagaimanakah caranya puak wahabi berdepan dengan kritikan mereka yang tidak selari dengannya. Mudah sahaja, bila mereka panik, wahabi akan menuduh mereka yang anti kelompok wahabi sebagai ‘syiah’ atau ‘muktazilah’.

Ini adalah taktik mengalihkan perhatian seperti yang biasa dilakukan anak-anak di padang permainan. Contohya mereka menuduh Syeikh Hassan al-Saqqaf sebagai seorang syiah tanpa asas dan bukti kukuh. Sedangkan beliau adalah ulama sunni yang cintakan perpaduan. Ustaz Zamihan misalnya membongkar cara kerja wahabi ini: “Akan tetapi, apabila kitab-kitab tadi dilihat dapat mengkontradiksi kitab-kitab al-Albani dan aliran al-Wahabiyah serta ibnu Taimiyah, beliau mula dituduh sesat, penyebar fahaman mu’tazilah, penganut syiah dan sebagainya. Tuduhan ini turut menjalar kepada Syeikh al Muhaddith Mahmud Said Mamduh, Syeikh al Muhaddith Muhammad Alawi al Makki, Syeikh Muhammad Sa’id Ramadhan al Buthi, Syeikh Ali al-Majzub, Syeikh Sa’id Foudeh , Syeikh Abi Hasanain al Makki dan lain-lain yang seangkatan dengan beliau. Atau mana-mana sahaja ulama yang beraliran Asya’irah Nusantara.

Hal ini seakan menjadi satu tradisi bagi aliran salafiyah-wahabiyyah yang teramat bencikan Asya’irah. Dan penularan kebencian ini turut subur sehingga membawa konflik semasa dan fitnah dalam masyarakat nusantara." Zamihan al-Ghari, Menjawab Kritikan Terhadap Fahaman Wahabiyah di Malaysia, Syathariyah Niagajaya, Kuala Lumpur, 2002. Sunni, syiah, sufi semuanya menolak wahabi. Jadi, tidak ada misterinya tentang wahabi. Kajian banyak pihak telah berjaya dan secara meyakinkan, membuktikan wahabi adalah aliran ‘ganas’ yang didalangi British; bertujuan untuk memporak perandakan umat Islam dan melagakan mazhab-mazhab yang sedia harmonis seperti mazhab sunni dan syiah. Mereka kelihatan separa berjaya dalam usaha itu, maklumlah mereka berkuasa di dua tanah suci. Orang jahil yang naik haji akan terpesona. Tetapi tidak semua orang jahil, tentunya. Kalau kita mendokong perpaduan umat Islam (sunni-syiah), kita akan sentiasa dimusuhi dan difitnah oleh puak (wahabi) ini. Kerana mereka perasan merekalah purist atau pemurni agama.


Misteri apanya wahabi?

video clip perbahasan panas2!
video


Solawat dan Takbir!

: Sumber pautan dari blog faizal tehrani

No comments:

Post a Comment