google language translate

flashVortex

Search This Blog

Monday, November 15, 2010

Ecumenicalisme


Pidato Ecumenicalisme Obama di Jakarta
: Racun Disangka Ubat



Saat Obama dilantik menjadi Presiden Amerika Syarikat dua tahun lepas ia telah berusaha membawa nada yang berbeza berbanding Presiden sebelumnya. Jika Bush memilih untuk bertempur dengan kekuatan, Obama bermain dalam wilayah yang lebih mencabar. Wilayah yang jika anda tidak kuat dan nekad, anda akan menjadi seorang Frodo Baggins. Keberadaan buku pertama Bush "Decision Points", yang antara lain memperakukan rencana menyerang Iran kelihatan tidak dapat menenggelamkan gempa dan letusan kemunculan Obama di negeri penuh memori buatnya, Indonesia.

10 November lalu di tengah gempa dan letusan Merapi, Obama datang ke Indonesia. Sebagai Presiden yang memukau dengan kemahiran berpidato, dia dengan nada romantisisme yang kuat dalam ucapannya di Universitas Indonesia, mengingatkan betapa Islam dan barat pernah berselisih dan tidak harus terus bertengkar.



Menurut Obama, tidak banyak pilihan atau ubat yang ada. Obama sang bomoh pun memberi jampi dan cadangan rawatannya.

Ecumenicalisme.



Apakah kita mesti percaya kepada bomoh ini? Kelihatannya, seperti tidak ada pilihan lain. Kerana berdasarkan latar belakang, sejarah peribadi dan memori silam yang dihimbau, Obama adalah seorang terpercaya. Benar dia seorang Kristian, tetapi dia bukan berkulit putih. Lagi, hubungannya dengan Islam adalah kuat meski bersimpang siur. Bapanya Muslim. Bapa tirinya dari rumpun sebelah sini. Keluarganya di Kenya masih Islam. Juga dia memenuhi ciri-ciri seorang orientalis budiman kerana dia pernah bermain layang-layang, berlarian di sawah padi, boleh menyebut Insya-Allah serta memberi salam, menyusuri denai-denai di sebalik suara azan dan dia dengan ikhlas melontarkan, 'Indonesia adalah sebahagian dari diriku.' Tautan hatinya dengan Islam begitu kukuh. Mengapa pula kita tidak percaya seorang bomoh yang pernah ada pengalaman hidup dalam kalangan kita, malah sangat akrab dengan kita. Pujuk rayunya juga meyakinkan. Tentu dia berbeza daripada Bush. Dia adalah seorang terpercaya. Malah memiliki citra sempurna.



Justeru saat obama menawarkan Ecumenicalisme sebagai ubat, Muslim yang memang sedia sakit lekas-lekas mahu percaya.

Nanti dulu.

Benarkah ia ubat yang berkesan untuk kita. Apakah ubat yang ditawarkannya itu cocok? Ecumenicalisme mungkin ubat yang berkesan untuk umat Kristian. Akan tetapi, ia mungkin adalah racun buat umat Islam.



Umat Kristian ditimpa masalah yang hampir sama seperti umat Islam. Perpecahan. Malah perpecahan yang jauh lebih besar dari apa yang dialami oleh umat Islam. Hari ini, di Amerika Utara sahaja ada 1,500 kumpulan Kristian yang setiap satunya mengamal 'unique blend of beliefs and practices'. Setiap dari mereka mendakwa mereka lebih benar dari satunya.

Sejarah skisme gereja telah berlanjut terlalu lama. Ia malah membenihkan ecclesiastical dalam agama tersebut. Saat gerakan gereja membawa haluan sendiri, jalur yang mereka tempuhi sama sekali berbeza dan menjarak besar. Ambil sahaja perpecahan yang berlaku antara Roman Catholic dan Eastern Orthodox. Atau antara Roman Catholic Church dan Anglican Communion.

Selain skisme yang melibatkan 'internal theological conflicts' gereja juga berpecah dalam persoalan yang melibatkan moral. Akan tetapi hal-hal moral adalah hal-hal yang tidak begitu sengit dan berisiko berbanding hal melibatkan teologi. Abad ke 19 misalnya menyaksikan betapa perhambaan masih berleluasa di Amerika syarikat. Kita melihat bagaimana gereja di Amerika berpecah menjadi kem pro-slavery dan anti-slavery. Akan tetapi apabila perhambaan dihapuskan dengan kejayaan kempen Abraham Lincoln, gereja di selatan Amerika yang kebanyakannya pro perhambaan (dengan pengecualian Southern Baptist Convention yang masih rasis) 'bersatu' hati dengan gereja-gereja di utara. Atau, di saat ini kita melihat kebanyakan denominasi Kristian sedang berpecah dan berseteru dalam hal yang menyinggung hak asasi khususnya untuk kaum gay dan lesbian. Akan tetapi seperti mana dalam isu perhambaan, apabila pergeseran pilihan seksual ini mereda satu hari nanti, pasti akan ada satu konsensus yang akan membolehkan gereja-gereja ini bersatu.

Untuk mengurangkan pertembungan 'internal theological conflicts' dalam kalangan umat Kristian, pemuka-pemuka Kristian mencadangkan beberapa strategi demi mengurangkan perbalahan. Sejenis ubat telah dipreskripsikan:

Ecumenicalisme.

Pertama: Mengurangkan pergeseran mazhab dalam Kristian dengan membolehkan clergy dan parishioners menyeberang ke gereja-gejera lain. Paderi dari gereja A misalnya dibenarkan bersyarah di gereja B selagi tidak menyentuh hal-hal teologi yang diperselisihkan.

Kedua: Dialog ecumenical untuk merapatkan jurang pergeseran mazhab.

Ketiga: Paderi mazhab atau denominasi tertentu sanggup melupakan perbezaan sesama mereka dan bekerjasama dalam isu-isu yang melibatkan moral. Antara program yang ditawarkan di bawah strategi ini ialah kerjasama untuk mengurangkan akses pengguguran kandungan, mencegah euthanasia, mengehadkan atau membasmi hak-hak gay dan lesbian, menentang perkahwinan sejenis, dan lain-lain lagi.



Keempat: Menggalakkan 'inter-faith marriages' demi menjayakan kerjasama antara denominasi. Pasangan berbeza mazhab yang dapat hidup rukun atas nama cinta akan menjadi contoh besar dalam masyarakat Kristian.

Strategi ecumenicalisme ini terlihat sekali imbas berjaya di Amerika Utara untuk berdepan dengan kepesatan pengaruh sekular dalam masyarakat.

Strategi ecumenicalisme pertama terlihat pada penggalan ucapan Presiden Amerika tersebut: As a child of a different race coming from a distant country, I found this spirit in the greeting that I received upon moving here: Selamat Datang. As a Christian visiting a mosque on this visit, I found it in the words of a leader who was asked about my visit and said, “Muslims are also allowed in churches. We are all God’s followers.



Strategi ecumenicalisme kedua dapat dikesani pada bahagian ucapan beliau: That spark of the divine lies within each of us. We cannot give in to doubt or cynicism or despair. The stories of Indonesia and America tell us that history is on the side of human progress; that unity is more powerful than division; and that the people of this world can live together in peace. May our two nations work together, with faith and determination, to share these truths with all mankind.

Strategi ecumenicalisme ketiga dan keempat dengan jelas dipromosikan oleh Presiden Obama sambil 'inclusive philosophy' yakni Pancasila dijaja sebagai sarung 'ubat' yang berkesan: E pluribus unum – out of many, one. Bhinneka Tunggal Ika – unity in diversity. We are two nations, which have travelled different paths. Yet our nations show that hundreds of millions who hold different beliefs can be united in freedom under one flag. And we are now building on that shared humanity – through the young people who will study in each other’s schools; through the entrepreneurs forging ties that can lead to prosperity; and through our embrace of fundamental democratic values and human aspirations. Islam flourishes, but so do other faiths. Development is strengthened by an emerging democracy. Ancient traditions endure, even as a rising power is on the move.

Meski gerakan ecumenicalisme tampak beroleh kejayaan di barat, masih terdapat gerakan yang lebih kuat menentang gerakan ecumenicalisme ini. Selain persen penganut Kristian yang jatuh mendadak kerana ramainya yang mengisytiharkan diri tidak beragama, ecumenicalisme dilihat sebagai satu doktrin baharu yang berniat untuk memusnah dan meruntuhkan 'the belief in Absolute Authority coming from God' selain menjuarakan 'the relative authority of man'. Bukan sedikit denominasi Kristian yang melihat ecumenicalisme sebagai satu agama baharu yang mengancam semua agama lain.



Selain itu ecumenicalisme memerlukan 'religious authority in order to function'. Maka keberlangsungan ecumenicalisme diragui. Denominasi dan gereja yang pelbagai itu masing-masing tidak memiliki orde atau ketua yang berpengaruh. Hatta Paus sendiri dilihat rapuh di tengah-tengah skandal seks para paderi.

Di sinilah munculnya pertanyaan, apakah ubat Kristian boleh digunakan untuk meredakan pertembungan Islam dan barat (baca Kristian dan sekular)?

Sukar kerana barat yang dimaksudkan bukan sahaja barat yang Kristian (ingat mereka juga berpecah) tetapi juga barat yang sekular. Kehadiran dan preskripsi bomoh Obama itu hanya melanjutkan siri perang kebudayaan. Yakni pemaksaan supaya kita menerima rawatan yang mereka usulkan.



Ecumenicalisme tidak akan menjadi ubat yang berjaya untuk mendamaikan Islam dan barat. Sebahagian besar umat Islam (sambil mengenepikan kumpulan sekular dan liberal dalam Islam) masih berpegang kepada prinsip dan rukun iman, Absolute Authority iaitu Allah. Juga Obama, ataupun Amerika tidak dilihat sebagai 'religious authority' barat. Malahan umat Islam sendiri sebahagian besarnya tidak mempunyai autoriti. Ini berbeza dengan minoriti syiah yang masih mengekalkan sistem marja dan taklid di samping doktrin Wilayatul Faqih yang masih berkembang pemikiran dan perbahasannya. Obama menyedari hal ini, kerana itulah beliau sendiri pernah menjaja strategi ecumenicalisme yang sama ketika berkunjung ke Mesir kerana beliau melihat 'Azhar holds such authority'.

Barat mesti memperakukan Islam dan barat (baca: sekular-Kristian) adalah dua dunia berbeza. Tidak ada satu kesatuan dapat dicapai. Adalah mustahil mendamaikan dua cara pandang yang berbeza. Tambahan pula sejarah yang ada tidak mewajarkan. Islam mahupun Timur tidak melupakan pengalaman kolonialisme barat. Pengalaman buruk yang dialami di pelbagai negara umat Islam angkara Amerika Syarikat (termasuk di Vietnam, Hiroshima dan Nagasaki) tidak akan mempertautkan luka yang telah menjadi daging busuk. Poin-poin permukaan tidak dapat dijadikan paku penguat struktur binaan yang sedia lemah.



Akan tetapi satu kesepakatan dalam persoalan moral mungkin boleh dicapai. Persoalan moral yang menjadi duri dalam daging di mata umat Islam ialah keberpihakan barat (sebahagian besar Kristian dan sekular) kepada regim tidak bermoral zionis. Hanya dengan mencabut duri ini rasa hormat Islam akan berbenih dan soal perdamaian menjadi waras untuk dibincangkan. Senarai pembetulan masih panjang. Penindasan ekonomi. Perhambaan moden menerusi kapitalisme. Diktatorisme kebudayaan. Imperialisme pemikiran. Banyak lagi. Mungkin setelah itu umat Islam dan timur (baca: the oppressed) bersedia menyambut hangat wakil barat yang ikhlas. Pokoknya: Berhenti Dulu Menjadi The Oppressor.

Siapakah yang akan menjadi perawat dan tukang cabut duri yang telah disebutkan di atas? Siapakah yang akan memerdekakan seluruh umat manusia?


Bukan Obama pastinya.



Kesatuan itu, atau kesatuan apa pun tidak akan menjadi kenyataan dalam waktu terdekat. Ia adalah milik penyelamat akhir. Rahsia kesatuan dalam kepelbagaian - Bhinneka Tunggal Ika - hanya dipunyai oleh seorang. Seseorang yang bakal memenuhi bumi ini dengan keadilan dan kemakmuran.

Yang dimaksudkan ialah Imam Mahdi. Sosok yang Nabi Isa a.s akan berdiri solat di belakangnya.



Pautan Daripada : blog Faisal Tehrani


Solawat!!!

No comments:

Post a Comment