google language translate

flashVortex


Search This Blog


Tuesday, November 16, 2010

Salam AidilAdha 1431H


Salam AidilAdha 1431H


Labaikallah humma labaika. Labaikallah syarika laka labaika. Innalhamda wani’mata. La ka Wamulkalla, syarikala

Salam Aidiladha 1431h.
Dengan ini saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya AidilAdha.. Kepada Seluruh kaum muslimin dan muslimat.. Marilah kita sama-sama menghayati Apakah pengorbanan yang kita telah lakukakan? Tidak kiralah kepada diri sendiri, ibubapa, sanak saudara, saudara se-islam kita yang hidup atas kalimah syahadah ASH-HADU AN LA ILAHA ILLA LLAH WA ASH-HADU ANNA MUHAMMADA RRO SULU LLAH dan yang paling penting kepada Allah Rabbul Jalil, Pemilik seluruh alam.


- Salam Aidiladha 1431H.. Semoga jemaah haji kita pada tahun ini memperoleh haji yang mabrur serta mendapat keampunan dari Allah..



Apakah Makna Hari Raya Aidiladha.. Bilakah umat islam akan menyambut Hari Raya Aidiladha.. Adakah Hari Raya Aidiladha hanya disambut di mekah.. Aidiladha dikenali sebagai Hari Raya Korban atau Hari Raya Haji dirayakan di seluruh dunia.. Ia merupakan hari raya yang terbesar di dalam islam selain Aidilfitri. Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah..

Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.

Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Pada pagi Hari Raya Korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat dengan 7 takbir pada rakaat pertama diikuti 5 takbir pada rakaat kedua. Pada kebiasaannya solat sunat Aidiladha dicepatkan sedikit berbanding solat sunat Aidilfitri. Hikmahnya dicepatkan sedikit waktu solat sunat Aidiladha adalah bagi memberi lebih banyak masa untuk penyembelihan korban.Hikmahnya dilewatkan sedikit solat sunat Aidilfitri pula adalah bagi membenarkan peluang bagi mereka yang belum membayar zakat menunaikan kewajipan mereka dan disunatkan makan dahulu sebelum pergi ke masjid.



Manakala bagi Aidiladha, hikmat disunatkan makan selepasnya supaya makanan yang mula-mula dimakan pada hari itu ialah daging korban yang berkat. Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan. Lembu, kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin.

Hari Raya Aidiladha disambut ketika umat Islam membuat penziarahan ke Mekah, mengunjung Kaabah dan melakukan korban sembelihan. Al-Quran tidak menyatakan, tetapi umat Islam memegang bahawa perayaan korban ini memperingati kesanggupan Nabi Ibrahim untuk menyerahkan anaknya sebagai korban kepada Tuhan.

Selepas sembahyang, sekali lagi umat Islam akan berbondong-bondong melawati perkuburan orang yang disayangi. Semua orang akan memakai pakaian baru dan selepas itu yang muda akan memohon kemaafan daripada yang tua. Selepas itu semua orang akan menjamah pelbagai juadah yang disediakan sebelum ziarah dan menziarahi sesama mereka.



Fenomena Haji



بسم اللَّه الرحمن الرحيم والحمدلله رب العالمين و صلي الله علي سيدنا محمد المصطفي و آله الطيبين و صحبه المنتجبين

Ka'abah sebagai kunci perpaduan, kemuliaan dan simbol tauhid dan kerohanian, dalam musim Haji ia menjadi tuan rumah kepada hati-hati pendamba dan penaruh harapan yang datang dari serata alam semesta menyahut panggilan Tuhan Yang Maha Agung. Umat Islam hari ini mampu menggambarkan utuhnya keluasan, aneka ragam diri dan kedalaman iman yang menguasai pengikut agama yang lurus ini. Mereka dapat menyaksikan sendiri betapa besarnya modal yang dilaburkan dari penjuru-penjuru dunia dan mereka tahu ia tidak ada tolok bandingnya. Perkenalan untuk sekian kalinya ini dapat membantu kita umat Islam mengenal tempatnya sendiri di dalam dunia hari ini dan esok seterusnya kita maju ke arah itu.



Gelombang kebangkitan Islam yang luas dalam dunia hari ini adalah jelas yang menjanjikan hari esok yang cerah untuk umat Islam. Tiga dekad lalu kemenangan revolusi Islam Iran dan pembentukan Republik Islam Iran, kebangkitan yang penuh dengan kekuatan ini telah bermula. Umat kita yang besar telah maju tanpa berhenti, segala sekatan di pangkal jalan telah disingkirkan dan kubu-kubu pertahanan telah dibebaskan. Musuh yang angkuh merintis jalan-jalan yang lebih rumit dan usaha yang tidak berbaloi menghadapi Islam juga menjadi sebab banyak kemajuan yang dicapai.

Penyebarkan Islamfobia di kalangan kuasa angkuh dunia cukup untuk dirumuskan sebagai usaha mewujudkan perselisihan dan mencetuskan ketaksuban di kalangan firqah-firqah Islam. Usaha mereka mencanang pembohongan Syiah terhadap Sunni, dan Sunni terhadap Syiah, memecah belahkan negara-negara Islam dan berusaha meruncingkan perselisihan dengan perseteruan serta persengketaan yang tiada penghujungnya. Mereka mengerahkan badan-badan perisikan dan mata-mata untuk menyuntik kerosakan dan kenistaan di kalangan golongan muda menunjukkan tindak balas cemas mereka menghadapi gerak langkah kebangkitan umat Islam menuju kemuliaan dan kemerdekaan.

Hari ini tidak seperti tiga puluh tahun yang lalu, regim Zionis bukan lagi raksaksa yang pantang kekalahan. Berbeza dengan dua dekad lalu, Amerika dan barat bukan lagi pemutus keputusan mutlak di Timur Tengah. Tidak sama seperti sepuluh tahun yang lalu teknologi nuklear dan teknologi canggih yang lain bukanlah angan-angan yang mustahil dicapai oleh umat Islam serantau. Hari ini bangsa Palestin adalah pahlawan kebangkitan perjuangan, bangsa Lubnan bersendirian merapuhkan wayang Zionis yang mempersonakan dan memenangi peperangan 33 hari. Bangsa Iran pula memegang panji dan berada di barisan hadapan menuju ke segala puncak.



Hari ini keangkuhan Amerika yang mendabik dada sebagai komandan di rantau Islam dan pelindung hakiki regim Zionis terjebak dalam kubangan mereka sendiri di Afghanistan, mereka telah melakukan segala onar jenayah kepada warga Iraq. Sedang musibah bencana banjir menimpa Pakistan, Amerika terus dibenci. Hari ini medan pertempuran melawan Islam dalam dua kurun lalu dengan segala zalimnya menjajah dan mengambil hasil bumi negara-negara Islam. Semangat kebangkitan umat Islam kelihatan luntur namun dari sudut yang lain pergerakan kabangkitan Islam sedang maju dan berakar umbi dalam menghadapi mereka. Situasi ini mempunyai harapan serta mengandungi kabar gembira, hendaklah kita bangsa-bangsa Islam selalu lebih yakin bergerak ke arah masa depan yang diimpikan. Dari sudut yang lain sentiasa menjaga pengajaran dan tauladannya.

Amanat umum ini tidak syak lagi, disandang oleh para agamawan, pemimpin politik, cendiakawan dan para pemuda lebih dari orang lain serta menuntut mereka berjuang bersungguh-sungguh lebih melangkah ke depan. Al-Quran menyeru kita dengan penuh perasaan dan hidup dengabn menyatakan: «كُنتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّـهِ)). "Kalian adalah sebaik-baik umat yang dikeluarkan di kalangan manusia (agar) kalian menyeru kepada yang ma'ruf (kebaikan) dan mencegah yang munkar (kejahatan) serta beriman kepada Allah." (Q.S. Aal Imran: 110)



Oleh itu kewajiban besar adalah menyeru ke arah kebaikan, meninggalkan kejahatan dan teguh beriman kepada Allah. Tidak ada kebaikan Ma'aruf yang lebih teratas lagi selain menyelamatkan bangsa-bangsa dari cengkaman kuasa syaitan yang angkuh dan bergantung kepada setiap kemungkaran mustakbirin. Hari ini membantu bangsa Palestin, golongan yang terpencil dan terkepung di Gaza, bersimpati dan menyertai bangsa Afghanistan, Pakistan, Iraq dan Kashmir, berjuang menentang tindakan Amerika dan regim Zionis, menjaga perpaduan muslimin dan memerangi tangan-tangan kotor dan lidah-lidah sewaan yang cuba menjahanamkan perpaduan ini. Memperluaskan kesedaran dan perasaan bertanggungjawab di kalangan para pemuda Islam dalam lingkungan agama Islam merupaka kewajipan besar yang dipikul oleh golongan elit umat ini. Fenomena Haji ini menyediakan latar yang membantu menunjukkan perlaksanaan tanggungjawab dan menyeru kita menggandakan usaha dan inspirasi.


Wassalamu'alaikum Warahmatullah
Sayed Ali Husaini Khamenei
1 Zulhijjah al-Haram 1431
17 Aban 1389

Solawat!!!

No comments:

Post a Comment